Wednesday, August 25, 2010

Keep It Halal - Outlandish

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini. Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu.

Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.

CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.
PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.
CakapCakap
hapa benda nih???
ada artikel dari bulan 6 lagi nih pasal kebabian minyak sapi kiubabi nih...

pesal jakim tak rereti nak buat kerja nih???????!!!!!!

pe masalah la ngan jakim nih... orang dah bising baru derang nak gi chek... cemana buat kerja nih??? reti kutip duit zakat je ke??? 
cerita dari sorang tokei cili sos nih... dia ada kilang kat siam negara kapir sana.
kata dia, siam punya badan yang jaga sijil halal derang lagi bagus dari melaya 'negara Islam' nih...
masa kat sini senang je nak dapat sijil halal tuh... kat siam, tiap-tiap bulan kena chek...

patutnya selain ada chop halal tu... patut kena ada jugak chop tidak halal... macam kedai itik gantung dulu-dulu, selalu ada tulis gini

TIDAK HALAL UNTUK ORANG ISLAM

patutnya... kalau yang taknak eplai sijil halal tu... syaratkan dia kena tulis gitu... kalau tidak, mesti ada mangkuk-mangkuk yang kebulur nak makan mekanan tah hapa benda ada lam tu...

cam sorang kawan aku ni, ari tu duk tanya cina yang jual air kacang merah tu ada lagi ke... dulu suka menor dia makan tu... hissshhh... aku dengar cerita pun lugaiiiii... :P

2 comments:

el said...

hok tu kato... mengong...

el said...

dalam web jakim kata buleh makan mekdonel tuh...