Wednesday, November 10, 2010

Tiada Kepastian - Ziana Zain

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos

CakapCakap
hapa gila wehhh??? mengkome ni pasti ke cemana benda pengaler rambut ni buat keje???

patutnya jakem nih... rereti la ada satu dipatmen sains wehhh.... apa guna ada ma'ahad sains... asek-asek nak suh budak jadik doktor, doktor, doktor...

banyak benda yang melibatkan hal-hal gini.. mengkome tak reti nak kata halal ke haram...

macam kes alkohol lam pepium tuh... belum lagi yang dalam sempu semua... masih lagi ada yang duk halal sini... sana pulak haram...

lagi... dari segi candu ngan ganja...

ni derang kiaskan dengan arak... memabukkan... okei...

cemana dengan ketum? kalau nak kiaskan dengan arak... ketum yang direbus sekejap... tak memabukkan... macam nira kepada tuak je... tpai bila tak tahu... terus haram je... padahal air dia ni buleh buat ubat strok. [candu orang dulu guna buat ubat lelah]

tambah lagi, kalau yang orang minum kat kedai tu... selalu tokei dia leis dengan memacam dah... ada yang buh ubat nyamuk lah masa rebus tu... tu yang pening...

cemana pulak pil kuda, airbatu pulak?? ada orang khayal kena pil kuda ke?? naaaa... kalo yang hai tu... pasal mabuk arak lepas tuh...

ni dari segi hal-hal status barang tu...

belum lagi bab-bab makanan-makanan yang asasnya halal.. tapi dicampur dengan bebenda haram...

nak tunggu orang bising, baru nak jalan...

kepala atuk kamu??? memang la kalau kita gi umah orang, tak perlu nak usul cemana dia semelih ayam kasik ko makan tu... tu eplai untuk orang Islam jee wehhhh...

tapi... bila melibatkan industri... dan orang kapior... kepala hotak ko nak tunggu orang ripot...

patut jakim ni ada unit penyiasat snirik yang kerja macam mato-mato nu hah.... kerja macam mato-mato ye... bukan usung pail gi masuk buat cheking nun... yang ni nak datang pun siap bagi tau... :P

macam kes kiubibi nye minyak lembu ari tu... orang dah bising lama... baru nak jalan...

gila hapo???

ado yang kena duit kopi ko??? yang tuuuu.... tak payah jakim sertifaid tuh orang tau haram :P

ingat-ingat la... mengkome yang tanggung kalau orang termakan benda haram yang kome sertifaid halal wehhhh!!!

2 comments:

tasekM said...

aku buat kesimpulan sendiri. halal ke tak halal ke. menyerap ke tak menyerap ke pewarna rambut tu. jgn guna! kaler hitam yg tuhan bg ni dh habih lawa dh.

el said...

pakai je tudung yang kaler maler... tak yah kaler ramut... :P