Saturday, August 28, 2010

Tamat - Yusry

AYER KEROH: Usaha bersepadu dan komitmen 15,033 murid Tahun Empat hingga Tahun Enam daripada 60 sekolah rendah di negeri ini, akhirnya membolehkan Melaka mencatat rekod baru penyertaan paling ramai Majlis Khatam al-Quran Perdana sempena kedatangan Ramadan yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Rekod terdahulu membabitkan penyertaan teramai 13,877 murid dicatatkan di Terengganu pada 2009 dan kejayaan Melaka memadamkan rekod ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), membolehkan program berkenaan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records. Kerajaan negeri pernah mengadakan program ini pada 2008 di MITC dengan penyertaan seramai 10,600 murid sekolah rendah, tetapi ia tidak bertahan lama, apabila rekod itu dipecahkan di Terengganu.

Jumlah keseluruhan murid Islam sekolah rendah di negeri ini seramai 70,000 orang dan kerajaan mensasar untuk mencatatkan 100 peratus kejayaan dalam memastikan semua sekolah rendah di negeri ini khatam al-Quran sebaik mereka tamat pengajian di Tahun Enam.

CakapCakap
err.. memula apa kata kamus pasal khatam nih...

khatam
tamat atau selesai (mengaji atau membaca Quran): Setelah ~ mengaji Quran, putera itu belajar menunggang kuda dan bermain tombak. berkhatam, = ~ Quran tamat atau selesai belajar atau membaca Quran.

ni kata Kamus Pelajar Edisi Kedua;

okei... 15 ribu budak tu dah tamat quran eh??
kira dah tamat la kan... tidak takkan join majlis khatam quran kan... kalau tak abis lagi, mana buleh kata khatam... kira macam nak greduwet la kan... mana leh konbo kalau ko ada lagi satu peiper...

cumanya... yang kat ganung dulu... ada orang komplen, katanya, ramainya yang iqra' berapa je baru... juz amma pun lum abis lagi, pun join orang khatam quran nih... nak bagi nampak islam hadori ganung bistari dulu... hihihi... :P

2 comments:

el said...

sek ni ikut buleh gune nye gune blake... :P

tasekM said...

segala benda nk merekod2 segala. pebendelah...



.