Thursday, August 5, 2010

Tolong Orang Tipu Orang - Jinbara

SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan usaha memantapkan kredibiliti suruhanjaya itu sebelum menyarankan menteri Kabinet dan pemimpin kerajaan mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, SPRM perlu memulihkan imej mereka yang tercalar akibat serangan yang sengaja dilakukan oleh anasir anti kerajaan yang melaungkan reform (perubahan) palsu.

"Saya sokong dan amat bersetuju dengan pandangan Ketua Pesuruhjaya (Datuk Seri Abu Kassim Mohamed) supaya menteri Kabinet dan pemimpin kerajaan mengisytiharkan harta kerana ia merupakan langkah berani dan tindakan jujur dalam merealisasikan cita-cita kerajaan membanteras rasuah di negara ini.

“Namun saya merasakan keperluan SPRM sekarang ialah untuk memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan imej mereka di mata rakyat terlebih dahulu sebelum langkah baru itu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, setelah kredibiliti dipulihkan sepenuhnya, imejnya akan kembali mulus di mata rakyat dan langkah berani SPRM meminta pengisytiharan harta dibuat akan lebih berkesan dan memberi impak positif memerangi gejala rasuah.

“Kredibiliti SPRM merupakan prasyarat utama dalam menjayakan sebarang langkah berani mempertingkatkan usaha memperkukuh sebarang perubahan di negara ini," katanya.

Beliau percaya usaha itu adalah tindakan jujur pesuruhjaya berkenaan untuk bersama-sama memastikan amalan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.


CakapCakap
hapa bangang mamat ni??? sejak jadi senatak nih... cakap makin bengong, makin macam lembu yang dicucuk idung dah...

pesal nak tunggu?? tunggu korang seme sorok dulu harta ke?? kimak lu la!!!

bodoh punya menesia!!

6 comments:

siti said...

kotok die pah mane doh eh? tidok sebut lasung doh. kalu dok ke hulu ke hilir duk usung kotok dia tu...

el said...

ye oyak doh kang... kotok tu nuar tipu jah... kikiki...

achik said...

sementara pulih imej tu, sempat la nak nyorokkan kot.. ;p

mek said...

pokcik, orang tanya undang-undang pasal rasuah, undang2 sivil ke syariah.. nok jawab gapo tu? :D

el said...

itu lah dia tu... ari tu kan baru dapat lepas melompat... kikiki...

el said...

guano sok'ale mung nih?
rasuoh unde² gapo? buke unde² jenayah ko? :P