Tuesday, September 28, 2010

Kenapa Apakah - XPDC

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadap bekas anggota Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman kerana gagal memaklumkan statusnya yang muflis kepada pihak bank 14 tahun lalu ketika menjadi penjamin dalam satu permohonan pinjaman perumahan.
Pesuruhjaya Kehakiman Stephen Chung membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suhaili, 49, terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Mac lalu.

Dalam penghakimannya, Chung berkata wakil rakyat itu dijadikan mangsa apabila didakwa selepas sekian lama dia bebas daripada status muflis iaitu pada 1997.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu selepas Suhaili mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu gagal memaklumkan Malayan Banking Bhd bahawa dia seorang muflis pada 3 April 1996, ketika menjadi penjamin dalam borang permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 oleh syarikat Saraequity Sdn Bhd, untuk membeli sebuah apartmen di Api-Api Centre di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 (1)(m)(ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam Rakbir Singh mewakili Suhaili, manakala Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.-Bernama
CakapCakap
babi hapa nih???
tak kira la dah lama ke, baru semalam ke, tujuh juta tahun dulu ke... dia dah langgar undang-undang... dia dah buat salah tu... dah mengaku pun... hukum je lahhhh!!!

takkan pasal dah lama benar dah ko rogol sorang budak ni, bunuh orang, tipu orang... makannya.... kira hokei laaaa.... fakkk la!!

cakap je la pasal dia orang hamnoooo!!! senang!!

err... espiarem taknak siasat ke yang buat keputusan tu???

6 comments:

siti said...

pokcik, hukuman dunia bulehlah lepas....

sila jgn mengamuk!!!

el said...

 dak pe ngamok dok bahang orang... :P

eisraa said...

Hahaha... Sebab derang tak nak pilihanraya.

achik said...

mangsa la sangat.. ;p

el said...

pesal pulak? mamat tu bekas tapaweir je... tu yang berani heret dia ke kot tu... tidak takde deeeee...
tu yang jadik lama lepas dia moplis baru bak ke kot tuuuu... tapi dah hakim pun jahat...

el said...

pemangsa senarnya... :P