Thursday, July 22, 2010

Alasan - Amuk

KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.


CakapCakap
elehhhh... ni seme modal nak blok tenet la nih... 
ada la tu bangkai yang nak ditutup nih... trik lama la mangkuk weh..

negara yang blok tu pun... hek ele... dah sah-sah negara jenis komunis, propagandis... harus la keja'an derang nak katup rakyat biar duk bawah tempurung weh!!

alasan je nak katup sait lucah tu... cheh!!!

6 comments:

Anonymous said...

abih la pahni. kene cari purung nyor balik la ni..

achik said...

err bagus la tutup sait lucah tu kan? *DONT_KNOW*

el said...

banyok purung dumoh??

el said...

ko tak paham eh??

DeeN said...

Apa sangat la alasan nak katup laman web mcm tuh. Malaysia bila plak nak buat camtuh? Weh, pokcik. Aku malas la nak hapdet neh. Tolong hapdet kat aku sat. Hahahahaahahaaa..... :p

el said...

ko pun tak paham rupanya...