Wednesday, May 12, 2010

Masalah Berganda - Search & Wings

pada suatu petang di sekolah menengah ngok ngek dalam negeri pasir dua butir.

che'gu-che'gu sibuk bermesyuarat pasal masalah budak-budak yang suka isap rokok.

mereka curi-curi isap rokok kat tandas sekolah. ada yang lebih berani, isap kat kantin sekolah lagi.

yang lagi taiko, isap rokok kat lam kelas sebelum che'gu masuk.

nak harapkan pengawas, budak-budak dah takut ngan pengawas lagi dah. padahal pengawas punya la chegei, siap ada budak tengkatan tiga kena tumbuk ngan pengawas pasal bawak beskal takde lampu. katanya budak tu bawak pisau lipat bawah sit beskal. penyamun besar budak tuh... muka je nampak skema abis... :P

jadinya, che'gu-che'gu dah pening kepala tak tau nak buat cemana lagi nak bendung masalah budak-budak yang suka merokok nih...

kemedian, dalam semua che'gu-che'gu duk pening kepala tu, sorang che'gu ni bangun memberi cadangan yang sangat bernas lagi menguntungkan. tak payah nak penin-penin lagi dah...

pagi ahad itu, dalam perhimpunan sekolah, penolong kanan mengumumkan,

"kepada murid-murid yang merokok, selepas ini, kamu semua bolehlah membeli rokok di koperasi sekolah. tak perlu beli diluar lagi dah ye. kita terpaksa lah benarkan kamu semua isap rokok, tapi kena beli dekat koperasi ye, yang kat luar tu haram, tak boleh isap.

kita terpaksa benarkan koperasi jual rokok pasal, kalau koperasi tak jual pun, kamu semua tetap je gi beli kat kedai runcit luar sana, jadi, kalau koperasi jual, buleh jugak untung kat koperasi, dan kantin sekolah. dapat lah jugak duit untuk sekolah guna buat tempat letak kereta berbumbung untuk che'gu-che'gu ke, buat tandas che'gu yang lebih cantik, upah blekpepel buat lanskap ke...

dan... dapat lah tokei koperasi dan tokei kantin beli kereta baru untuk che'gu besar ke... bayar kat orang atas untuk naikkan pangkat che'gu besar ke... mana tau buleh jadik pengarah ke lepas nih...

lagi pun, sekurang-kurangnya dapat jugak kami balas jasa tokei kantin yang banyak abis duit nak rasuah pengadil masa pertandingan sekolah cantik hari tu.

mungkin lepas ni kita akan benarkan kamu semua ponteng sekolah pulak, dengan syarat kamu bayar kat pakgad masa nak keluar tu ye, tak payah lah nak lompat pagar lagi.

saya harap semua bergumbira dengan pengumuman ini ye. kiranya ini keputusan menang-menang lah, sekolah dapat duit, kamu dapat isap rokok... :P"

CakapCakap
ingat... mencari yang halal itu fardhu ye...

6 comments:

achik said...

hohohoh!

el said...

jadik santi klosiah ke?? :P

tasekmerah said...

ni kesah benor ke ni cik....?

el said...

benar-benar tak benar... :P

blekpepel said...

Apa barang buat landskap kat sekolah. Ciput! hahaha!

el said...

ciput ke bhai???
nanti buat projek tebatan banjir kat sibu lah... sebilyun tuh... :P