Friday, June 4, 2010

Gula-Gula - Elvy Sukasih

KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


CakapCakap
okei... apakebabinatang yang mamat ni nak bagi tau??? kata gula takde... ni ada... buleh beli banyak kalau nak buat kenduri... apakebab wehhh???!!!

pipidienkeikei [bila pulak tukar nama nih???] dah jadik tokei gula ke sekarang??? mana dapat gula????

asek tukar nama kementerian... kerja lembab cenggitu jugak... bengong!!!!

err... nanti amek kad jemputan budak deen tu lah bawak gi tunjuk kat derang tu... kikiki... :P

10 comments:

eisraa said...

Salam Jumaat

Saya dengar berita ni kat radio. Kalau dah diberitakan tentu ramai yang ambil kesempatan.

Susahlah orang nak interbiu kalau kabinet 'sudah tukar ka?'. Isk isk isk

siti said...

aiyo, kementerian pun susuk gula ke? ngong sgt...

achik said...

oh2 saya ada 2 kad jemputan.. boleh beli lagi byk.. ekeke..

el said...

kaja'an melaya ni tetiap taun tukar nama kementerian... tambah sini, buang sana, alih ke situ...

el said...

ye le dohhhh... kikiki...

el said...

tokei kedai kad jemputan lagi senang lah... :P

errr... bila nak bagi kad jemputan tu weh??? :P

mudin001 said...

wakaka!

achik said...

hahaha.. lambat lagi..

kad jemputan yg ada tu kad deen ngan kad sorg lagi blogger.. ;p

el said...

dulu orang gi kenuri bawak gula.. sekarang gi kenuri dapat gula... :P

el said...

wikiki... :P